REFORMASI KAJANG

Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI

Pembongkaran Video Seks DSAI




Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay

Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.


Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.

Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.

Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.



Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay









Friday, February 25, 2011

Speaker pohon ketepi keputusan kerusi Pelabuhan Klang

Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Datuk Teng Chang Khim, telah memfailkan permohonan bagi mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi Jumaat lepas yang mengekalkan kedudukan Badrul Hisham Abdullah sebagai Ahli DUN Pelabuhan Klang.

Writ itu difailkan menerusi Tetuan Tommy Thomas di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di Shah Alam semalam. Dalam afidavit menyokong permohonannya, Teng, 48, berkata beliau mengalami ketidakadilan yang terlampau akibat penghakiman ingkar tanpa hujahan oleh peguamnya.

Cara pendengaran kes dilakukan khususnya atas dasar 'ex-parte' (sebelah pihak) sama sekali tidak adil, katanya. Pada 18 Februari lalu, Hakim Datuk Zaleha Yusof memutuskan bahawa kerusi DUN Pelabuhan Klang tidak kosong dan Badrul Hisham kekali sebagai wakil rakyat kawasan itu.

Zaleha membuat keputusan itu dalam kamar selepas mendengar hujahan saman pemula Badrul Hisham terhadap Teng yang mengisytiharkan kekosongan kerusi DUN itu berkuat kuasa 16 Jan lalu.

Zaleha juga memerintahkan Teng membayar kos sebanyak RM40,000.

Speaker DUN Selangor itu mengisytiharkan kekosongan kerusi DUN Pelabuhan Klang berikutan kegagalan Badrul Hisham menghadiri sidang Dewan dalam tempoh enam bulan tanpa alasan munasabah.

Badrul Hisham kemudian memfailkan saman pemula 24 Jan lalu bagi memohon deklarasi bahawa beliau masih menjadi wakil rakyat bagi kawasan Pelabuhan Klang dan mempunyai hak untuk menghadiri persidangan DUN Selangor.

Beliau juga memohon deklarasi bahawa kerusi tersebut tidak kosong.

Teng memfailkan permohonan untuk membatalkan saman pemula itu pada 11 Feb lalu dengan alasan selaku Speaker DUN negeri, beliau memiliki kekebalan di bawah Perkara 71 Perlembagaan Persekutuan daripada sebarang tindakan undang-undang.

~Bernama~

No comments: