REFORMASI KAJANG

Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI

Pembongkaran Video Seks DSAI




Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay

Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.


Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.

Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.

Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.



Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay









Tuesday, February 22, 2011

Pro-M menang di UM tewas di UPM

Keputusan Pilihan Raya Kampus (PRK) Universiti Malaya (UM) hari ini memihak Kumpulan Pro Mahasiswa (Pro-M) yang memenangi 23 daripada 41 kerusi yang dipertandingkan. Pro-M menyapu bersih semua 9 kerusi umum yang dipertandingkan manakala 14 di kerusi fakulti.

Lawan mereka pula, yang dikenali sebagai Penggerak hanya mendapat 16 kerusi fakulti, manakala bebas menang di dua kerusi. Calon Pro-M Masturah Abu Bakar yang hilang sebelum ini turut menang.

Keputusan itu diumumkan Naib Canselor kampus itu, Datuk Profesor Dr. Gauth Jasmon di Akademi Pengajian Melayu, jam 6 petang tadi. Bagaimanapun sesi bantahan tetap dibuka sehingga jam 8 malam ini dan kesemua bantahan yang diterima akan diteli pagi esok.

Dengan keputusan itu, bermakna mereka boleh menubuhkan kabinet Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM) di kampus itu. Pengumuman itu disambut penuh syukur kumpulan Pro-M yang menerima pelbagai tekanan dan halangan sejak bahang PRK bermula awal Februari lalu.

Selepas sahaja keputusan itu diumumkan, mereka terus berarak menuju ke Dewan Tuanku Canselor (DTC) bagi meraikan kemenangan. Satu majlis solat hajat turut diadakan selepas solat Maghrib tadi.

Ketua Jentera Pro-M UM saudara Farid Jalpah ketika dihubungi Harakahdaily untuk mengulas kemenangan itu berkata, ianya merupakan isyarat jelas sokongan mahasiswa kampus itu terhadap perjuangan Pro-M yang membawa aspirasi mereka.

"Kita rasa syukur atas kejayaan ini selepas diuji dengan pelbagai perkara.

"Kemenangan kali ini sebagai bukti bahawa sokongan mahasiswa terhadap Pro-M tidak pernah luntur dan tidak mampu dijatuhkan dengan sistem yang korup," katanya.

Sementara itu, pada malam ini juga semua calon Pro-M menyampaikan pidato sulung mereka dalam satu majlis khas yang diadakan di hadapan DTC.

"Kemenangan ini kita akan gunakan sebagai peluang untuk menjalankan tugas kebajikan kepada mahasiswa," kata Farid.

Di Universiti Putra Malaysia (UPM) pula, Pro-M terpaksa akur apabila kalah kepada kumpulan Pro-Aspirasi. Kumpulan Pro-M hanya berjaya mendapatkan 12 kerusi daripada 44 yang dipertandingkan manakala Pro-Aspirasi pula mendapat 31 kerusi.

~Harakah~

No comments: