REFORMASI KAJANG

Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI

Pembongkaran Video Seks DSAI




Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay

Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.


Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.

Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.

Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.



Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay









Wednesday, February 23, 2011

ULARmak calon BN PRK Kerdau

Calon PAS akan berhadapan dengan Penasihat Agama Menteri Besar Pahang, Syed Ibrahim Syed Ahmad, 44 tahun, dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Kerdau pada 6 Mac ini.

Pemilihan anak Kuala Tekal, Kuala Krau yang berkelulusan dari Universiti Al-Azhar itu diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di Dataran Sri Ketumbit, Kerdau, petang semalam.

Muhyiddin ketika mengumumkan calon BN itu, berkata Umno meletakkan Syed Ibrahim kerana percaya beliau mampu mempertahankan kerusi yang dimenangi BN pada pilihan raya umum (PRU) 2008 yang lalu.

Pengumuman itu sekaligus menjawab teka-teki calon dipihak Umno yang bakal bertanding dalam PRK Kerdau ekoran sebelum ini beberapa nama dikatakan berminat untuk mengisi tempat tersebut.

Selain Syed Ibrahim, antara yang disebut - sebut mengintai peluang di situ bagi mewakili Umno ialah Rodzuan Zaaba (Ketua Pemuda UMNO Bahagian), Norahan Abu Bakar (Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bahagian), Abdul Razak Ahmad (Setiausaha UMNO Bahagian), Mohd Arhan Salahuddin (Pembantu Tan Sri Muhyiddin Yassin), Datuk Redzwan Harun (bekas Adun Kerdau 2000 – 2008) dan Norhasmimi Abdul Ghani (Ketua Puteri Kuala Krau).

Kerusi DUN Kerdau kosong berikutan kematian penyandangnya Datuk Zaharuddin Abu Kassim, 63, dari BN pada 12 Februari lalu. Pada PRU lalu Zaharuddin menewaskan calon PAS, Hassanuddin Salim, dengan majoriti 1,615 undi.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 26 Feb ini sebagai tarikh penamaan calon manakala pengundian ditetapkan pada 6 Mac. Sementara itu di pihak PAS, calon yang bertanding akan diumumkan oleh Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Matpada 24 Februari ini di Tapak Kompleks PAS Pahang, Kerdau.

PAS Pahang dikatakan telah menghantar tiga nama kepada PAS Pusat untuk dipilih mewakili parti dalam PRK tersebut.

~harakah~

No comments: