REFORMASI KAJANG

Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI

Pembongkaran Video Seks DSAI




Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay

Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.


Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.

Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.

Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.



Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay









Monday, February 21, 2011

Dua polis, dua cerita berbeza kes Teoh

Satu kesan tapak kasut misteri telah menimbulkan kesangsian berhubung bukti yang ditemui sekitar tingkap tingkat 14, pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Plaza Masalam, Shah Alam.

Bukti penemuan kesan tapak kasut itu ditimbulkan hari ini semasa pegawai forensik DSP Shahrul Othman memberi keterangan yang bercanggah dengan kenyataan rakannya, Cif Inspektor Mazli Jusoh Che Kob, yang berkata beliau tidak menemui kesan seumpama itu.

Shahrul memberitahu Siasatan Diraja yang menyiasat kematian pembantu politik, Teoh Beng Hock bahawa kesan tapak kasut dijumpai pada bawah rangka tingkap, tempat Teoh dikatakan dijumpai jatuh sehingga menyebabkan kematiannya pada 16 Julai 2009.

Katanya, kesan itu dijumpai semasa menjalankan cahaya lampau unggu di rangka tingkap berkenaan.

"Saya tidak ambil kesan tapak kaki itu kerana ia tidak penuh tetapi saya ada ukur dan ambil gambar,” kata Shahrul ketika disoal oleh timbalan pendakwa raya Kwan Li Sa.

Shahrul diarah untuk menjalankan siasatan kedua di lokasi kejadian pada 19 Julai, tiga hari selepas kawasan itu diproses oleh Jusoh dan pasukannya pada 16 Julai.

Sebelum itu, Mazli Jusoh dari bahagian forensik Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, berkata beliau tidak menemui apa-apa kesan yang menunjukkan mangsa telah memanjat keluar daripada tingkap tersebut.

Menurutnya, beliau tidak menjumpai sebarang tanda-tanda di sekitar bingkai tingkap yang menunjukkan seseorang cuba keluar dari tingkap berkenaan.

Pejabat SPRM itu terletak di tingkat 14, Plaza Masalam di Shah Alam manakala mayat Teoh dijumpai pada aras 5 di koridor berkenaan pada 16 Jun 2009 selepas disiasat semalaman sebagai saksi.

Mazli yang disoal oleh wakil Majlis Peguam, Chris Leong, juga bersetuju jika seseorang ingin keluar ikut tingkap, mereka akan memegang bingkai tingkap ataupun duduk di ambangnya - yang kemungkinan besar akan meninggalkan tanda-tanda.

Bagaimanapun, beliau tidak menafikan ada kemungkinan mangsa boleh melangkah sendiri untuk keluar daripada tingkap di tingkat 14, Plaza Masalam, Shah Alam kerana ukuran daripada lantai ke bingkai tingkap itu hanya tiga kaki tiga inci.

"Dengan ukuran itu, seseorang boleh melangkah keluar daripada tingkap dengan cara biasa," katanya.

Mazli, yang juga saksi keenam dalam prosiding itu turut bersetuju dengan Leong bahawa seseorang itu perlu memegang bingkai tingkap ataupun duduk di ambangnya (atas bingkai tingkap) sekiranya ingin memanjat keluar daripada tingkap.

Selain itu, ketika disoal bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk T Selventhiranathan, sama ada pihak forensik menyifatkan siasatan kes ini membabitkan kes bunuh diri atau sebaliknya, Mazli memberitahu pihaknya melihat kes yang disiasat oleh mereka membabitkan jenayah bukannya bunuh diri.

Suruhanjaya Siasatan itu dipengerusikan Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri James Foong Cheng Yuen dan dianggotai bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Abdul Kadir Sulaiman; Pakar Perunding Patologi Forensik, Jabatan Perubatan Forensik Hospital Pulau Pinang, Datuk Dr Bhupinder Singh dan Pakar Perunding Psikiatri Forensik serta Dekan Fakulti Perubatan Kolej Universiti Sains Perubatan Cyberjaya, Profesor Dr Mohamed Hatta Shaharom.

~MK~

No comments: