REFORMASI KAJANG

Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI

Pembongkaran Video Seks DSAI




Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay

Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.


Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.

Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.

Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.



Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay









Sunday, February 27, 2011

MB Pahang nafi bazir pinjaman RM1.4b dari pusat

Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob hari ini kesal dengan dakwaan pihak pembangkang yang menuduh kerajaan negeri meminjam RM1.4 bilion daripada kerajaan pusat untuk projek yang membazir.

Adnan berkata sebahagian besar daripada peruntukan itu dibelanja untuk meningkatkan keupayaan bekalan air di negeri tersebut demi kesejahteraan rakyat.

"Kita tidak pernah membazir peruntukan kerajaan negeri atau pusat malah ia dimanfaatkan untuk kebaikan rakyat di negeri ini," katanya kepada pemberita di pusat penamaan calon pilihan raya kecil DUN Kerdau di Dewan Tun Razak, Majlis Perbandaran Temerloh.

Beliau berkata pinjaman itu dibelanjakan untuk menaik taraf dan mengendalikan 52 loji bekalan air di Pahang selain melaksanakan projek perumahan untuk rakyat termiskin dan projek prasarana.

Adnan yang juga Pengarah Pilihan Raya Barisan Nasional (BN) berkata PAS sengaja membangkitkan perkara tersebut kerana parti itu ketandusan isu bagi meraih sokongan pengundi.

Beliau juga meminta wakil rakyat dari parti pembangkang menyemak bajet kerajaan negeri yang dibentangkan sebelum ini, bagi membuktikan dakwaan mereka itu sebenarnya tidak berasas.

"Kerajaan BN Pahang tidak sewenang-wenangnya membazirkan duit rakyat, kita gunakan secara baik," katanya.

Mengenai isu-isu setempat yang membabitkan permasalahan penduduk, pembangunan dan meningkatkan prasarana di kawasan berkenaan, Adnan berkata kesemua isu terbabit akan diselesaikan secepat mungkin.

"Mana-mana projek yang tidak membabitkan peruntukan besar akan diselesaikan, manakala projek-projek lain yang membabitkan dasar kita akan selesaikan kemudian," katanya.

Pilihan raya kecil DUN Kerdau bakal menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara BN dan PAS. BN diwakili Naib Ketua Umno bahagian Kuala Krau Syed Ibrahim Syed Ahmad, 44, manakala PAS diwakili Ketua Penerangan PAS Pahang, Hassanuddin Salim, 43.

Pengundian ditetapkan pada 6 Mac ini.

~Bernama~

No comments: