REFORMASI KAJANG

Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI

Pembongkaran Video Seks DSAI




Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay

Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.


Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.

Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.

Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.



Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay









Thursday, February 24, 2011

Anak muda sertai PAS di Kerdau

Penyertaan PAS dan Pakatan Rakyat (PR) dalam pilihan raya kecil (PRK) Dun Kerdau mendapat sambutan awal yang amat menggalakkan apabila seramai 15 orang pemuda Kampung Telok Sentang menyerahkan borang permohonan untuk menjadi ahli PAS.

Borang permohonan keahlian anak-anak muda itu diserahkan sendiri Ketua PAS Cawangan Telok Sentang, Abu Bakar Bakri kepada Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sempena ceramahnya di kampung tersebut malam tadi.

Menurut Abu Bakar penyertaan golongan muda itu akan menambahkan semangat dan keyakinan PAS cawangan untuk berhadapan dengan pihak lawan pada pilihan raya kecil Dun Kerdau dan pilihanraya umum yang akan datang.

“Bersyukur kepada Allah di atas penyertaan golongan muda yang memberangsangkan ini dan kami menerima banyak permohonan yang dalam proses pengumpulan maklumat dari golongan muda kampung yang berada di luar,” katanya.

Turut menyaksikan penyerahan borang tersebut ialah Naib Presiden PAS yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

~harakah~

No comments: