REFORMASI KAJANG

Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI

Pembongkaran Video Seks DSAI




Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay

Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.


Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.

Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.

Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.



Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay









Sunday, February 27, 2011

BN vs PAS di Merlimau dan Kerdau

Pilihan raya kecil (PRK) Kerdau yang akan berlangsung pada 6 Mac ini menyaksikan pertandingan dua penjuru antara calon PAS, Hassanuddin Salim dengan calon BN, Syed Ibrahim Syed Ahmad.

Pengawaii Pengurus bagi PRK itu, Datuk Tarif Abd Rahman mengumumkan perkara itu jam 11.30 pagi semalam. Beliau berkata, pihaknya menerima satu bantahan daripada calon-calon yang bertanding sepanjang tempoh bantah dari jam 10 hingga 11 pagi ini.

Namun, katanya tiada calon yang ditolak pencalonannya dan calon-calon yang bertanding adalah antara Hassanuddin dengan Syed Ibrahim. Di JASIN, Pegawai pengurus pilihan raya Roslan Eusoff mengumumkan pihaknya menerima tiga bantahan tetapi kedua-dua pencalonan diterima.

Beliau turut mengumumkan pertandingan dua penjuru antara calon BN, Roslan Ahmad dengan calon PAS, Yuhaizad Abdullah pada PRK Merlimau. PRK Merlimau juga berlangsung pada 6 Mac ini.

Sepanjang perarakan dan menunggu masa pengisytiharan calon-calon yang bertanding pada kedua-dua PRK itu, ianya berlangsung dalam suasana harmoni.

~harakah~

No comments: