REFORMASI KAJANG

Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI

Pembongkaran Video Seks DSAI




Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay

Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.


Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.

Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.

Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.



Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay









Wednesday, February 23, 2011

Bulu, tuala 'Good Morning' jadi tumpuan

Perbicaraan kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyaksikan saksi keenam pihak pendakwaan, iaitu ahli kimia, Nor Aidora Saedon memberi keterangan. Nor Aidora memberitahu mahkamah bahawa beliau adalah ketua unit paterniti DNA, Divisyen Forensik, Jabatan Kimia Malaysia sejak 2008. Beliau menganggotai jabatan tersebut pada 1998.

Nor Aidora berkata sejak menyertai jabatan berkenaan beliau telah mengendalikan lebih kurang 100,000 sampel DNA. Katanya lagi, beliau sering mengendalikan kes-kes berkaitan pembunuhan dan rogol serta kes-kes yang membabitkan analisis DNA dan memerlukan bukti DNA biologikal

Namun apabila Nor Aidora cuba merujuk kepada laporan berhubung apa yang diterimanya pada 17 Julai 2008, peguambela Sankara Nair membuat bantahan kerana saksi dikatakan membangkitkan bukti-bukti yang masih belum dikemukakan mahupun disebut.

Namun Peguam Cara II Negara, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden mencelah dan berkata tidak apa yang perlu dibantah kerana saksi belum menyatakan apa-apa lagi. Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah kemudian mengarahkan semua pihak berjumpa dengannya di kamarnya.

Perbicaraan kemudiannya bersambung dengan ahli kimia itu mengenal pasti lima barang kes yang terdiri daripada sehelai bulu, satu berus gigi kecil warna putih, sehelai tuala kecil jenama Good Morning yang turut terdapat sehelai lagi bulu dan satu botol air mineral plastik.

Awal pagi tadi, pakar DNA Dr Seah Lay Hong menyambung keterangannya dan sesi soal balas buat hari kelima.

Semalam, Seah enggan memberikan jawapan langsung apabila ditanya bagaimana beberapa profail DNA yang ditemui pada dubur pengadu kes, Mohd Saiful Bukhari Azlan tidak dicatatkan dan sama ada wajar untuk membuat kesimpulan bahawa mangsa adalah homoseksual pasif.

~MK~

No comments: