REFORMASI KAJANG

Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI

Pembongkaran Video Seks DSAI




Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay

Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.


Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.

Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.

Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.



Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay









Wednesday, February 23, 2011

Pemuda PAS bersama intifadah rakyat Libya

Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) bersama anak muda di Malaysia menyambut dan menyokong kebangkitan dan intifadhah rakyat Libya yang bermatlamat untuk menolak rejim para diktator yang korup dan berjuang untuk menegakkan kerajaan berasaskan pilihan rakyat dan yang menjaga kebajikan rakyat.

“Kami kagum dan menyatakan hormat kami kepada keberanian rakyat Libya, kebanyakannya diterajui oleh anak muda, yang tidak takut kepada kereta kebal, jet pejuang serta peluru tentera,” tegas Pengerusi Lajnah Antarabangsa DPPP, Dr Raja Ahmad al-Hiss dalam satu kenyataan.

Sehubungan itu, katanya DPPP menyampaikan takziah kepada keluarga yang telah kehilangan ahli yang telah mempertaruhkan nyawa mereka untuk memperjuangkan kebebasan dan keadilan.

Sehingga ini dilaporkan lebih 200 rakyat Libya yang menyertai bantahan terhadap rejim Muammar Gaddafi terbunuh. DPPP turut mendesak Kerajaan Malaysia menyatakan pendirian terbuka di atas insiden pembunuhan kejam penunjuk perasaan rakyat Libya oleh rejim Gadaffi.

Ahmad menambah, pihak juga menyeru Persidangan Negara Islam (OIC) menghantar tentera pemantau bagi memastikan tiada lagi insiden pembunuhan kejam oleh rejim Gadaffi.

DPPP juga mendesak regim Muammar Gaddafi berundur dan kuasa secara aman perlu dilaksankan segera kepada sebuah kerajaan transisi sehingga piliharanraya yang bebas diadakan, mendesak tentera Libya supaya bersama kebangkitan rakyat.

Tambahnya, kerajaan Malaysia perlu menggunakan saluran diplomatik untuk memberi tekanan kepada Muammar Gaddafi untuk berunding dengan golongan pro-demokrasi agar peralihan kuasa berlaku dengan aman kepada kerajaan transisi sehingga piliharan raya yang bebas dan adil dilaksanakan.

“DPPP menyeru semua rakyat Malaysia untuk bersama untuk solidariti kebangkitan umat Islam Libya,” ujarnya.

Persekutuan Hak Asasi Manusia Antarabangsa (IFHR) melaporkan bahawa beberapa buah bandar di Libya termasuk Benghazi dan Sirte telah dikuasai para penunjuk perasaan anti-pemimpin Muammar Gaddafi selepas pasukan-pasukan tentera dikatakan berpaling tadah dengan menyertai tunjuk perasaan.

Pendekatan kekerasan yang digunakan oleh pihak rejim dalam menangani kumpulan penunjuk perasaan anti-kerajaan dikecam hebat oleh pemimpin tempatan mahupun luar negara. Amerika Syarikat melalui Setiausaha Negaranya, Hillary Clinton telah menggesa pihak rejim untuk menghentikan pertumpahan darah yang berlangsung sejak awal minggu lepas.

Walau bagaimanapun, gesaan itu dibalas dengan serangan-serangan peluru berpandu serta bom oleh pesawat-pesawat pejuang dan helikopter-helikopter rejim ke atas penunjuk perasaan yang berhimpun di sekitar ibu negara Libya, Tripoli.

Insiden yang berlaku terhadap penunjuk perasaan yang tidak bersenjata itu dilihat sebagai satu tindakan yang tidak berperikemanusiaan oleh rejim terhadap rakyat Libya.

Kelmarin anak lelaki Muammar, di samping menjanjikan reformasi yang signifikan terhadap pentadbiran, beliau telah memberi amaran kerajaannya akan mempertahankan negara itu daripada demonstrasi sehingga peluru dan anggota pasukan keselamatan terakhir, malah memberi amaran perang saudara akan tercetus.

Ekoran daripada beberapa peristiwa berdarah yang berlaku, ramai tokoh penting dalam pentadbiran rejim yang dicemari dengan nepotisme telah menyertai tindakan pembangkang. Antaranya termasuklah Menteri Keadilan, Mustapha Abdul Jalil dan Duta Libya ke Liga Arab, Abdel Moneim al-Honi yang mengumumkan beliau menyertai revolusi. Manakala duta ke India, Ali al-Essawi pula memberitahu BBC, beliau meletakkan jawatan ekoran tindakan ganas kerajaan ke atas penunjuk perasaan.

Kuasa Muammar yang sudah memerintah negara itu selama 42 tahun semakin lemah dari hari ke hari. Letusan kuasa rakyat dijangka pasti lambat laun menghancurkan rejim kejam itu.

~harakah~

No comments: