REFORMASI KAJANG

Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI

Pembongkaran Video Seks DSAI




Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay

Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.


Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.

Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.

Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.



Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay









Friday, February 18, 2011

Kuasa Ketiga bergabung dengan PR Tumbangkan BN

Menjelang kemungkinan pilihan raya umum mengejut yang ramai menduga akan dipanggil oleh perdana menteri, parti pembangkang, badan sivil dan apa yang digelar 'kuasa ketiga', telah bertemu bagi membentuk satu barisan bersatu untuk berdepan dengan BN.

Mereka telah mencapai kata sepakat dalam satu pertemuan Rabu lalu, yang dihadiri semua pihak yang kritikal terhadap regim BN sekarang, untuk bergabung tenaga untuk berdepan satu lawan satu dengan BN di semua kerusi dalam pilihan raya akan datang.

Bagaimanapun, mekanisme untuk tujuan tersebut belum dapat dibereskan, dengan banyak isu-isu yang yang dibangkitkan.

Salah daripadanya ialah bagaimana 'kuasa ketiga' - yang diilhamkan oleh Pergerakan Masyarakat Sivil Malaysia (MCLM) yang bertegas untuk meletakkan calon-calon mengikut kriterianya sendiri - dapat bekerjasama dengan Pakatan Rakyat berhubung agihan kerusi.

Setiausaha Agung PSM, S Arutchelvan mengesahkan kepada Malaysiakini bahawa pertemuan tersebut adalah atas dayausaha PSM untuk menyatukan seluruhkekuatan, dalam menghadapi kemungkinan berlangsungnya pilihan raya mengejut.

Bagaimanapun, Arutchelvan enggan mendedahkan butir lanjut mengenai pertemuan tersebut, kerana ia adalah pertemuan tertutup. Adalah difahamkan, pertemuan yang pertamakali seumpamanya diadakan sejak pilihan raya umum 2008, dihadiri oleh wakil PKR, DAP, PAS, PSM dan Parti Hak Asasi Manusia (HRP).

MCLM, pimpinan penulis blog Raja Petra Kamarudin yang kini tinggal dalam buangan di United Kingdom, dan peguam hak asasi manusia, Haris Ibrahim, sedang berusaha menyenaraikan calon yang 'berwibawa' untuk bertanding dalam pilihanraya umum akan datang.

Peserta lain yang menghadiri pertemuan tersebut ialah dari NGO seperti Aliran, Jemaah Islah Malaysia (JIM), Persatuan Masyarakat Selangor dan Wilayah Persekutuan (Permas) dan badan pemantau hak asasi manusia, Suaram.

Sumber-sumber yang menghadiri pertemuan tersebut berkata, berlaku perdebatan panas berhubung peranan MCLM dan parti-parti pembangkang bukan Pakatan, mengenai sama ada mereka akan membantu mengukuhkan Pakatan menuju sistem dua parti atau membina 'kuasa ketiga' yang bebas.

~MK~

No comments: