Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) menyokong dan menggesa agar muzakarah di antara Majlis Fatwa Kebangsaan dengan PAS yang diketuai Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat segera diadakan bagi menjernihan kekusutan dan menyelesaikan perselisihan yang berlaku.
Ketuanya, Nasrudin Hasan At-Tantawi berkata, ini kerana DPPP yakin segala pertelingkahan, pertikaian, perselisihan faham mesti diselesaikan secara muzakarah dengan menjadikan Al-Quran dan As-Sunnah sebagai asas penyelesaian.
“Ini sangat penting supaya kebenaran dapat ditegakkan dan memastikan sebarang kekeliruan, tohmahan serta fitnah dapat dipadamkan,” ujarnya kepada Harakahdaily.
Malah, ujarnya DPPP ingin menegaskan bahawa bukan sahaja satu atau dua isu yang berkait dengan Al-Mursyidul Am PAS tetapi masih banyak perkara-perkara lain yang menyentuh aqidah ummah perlu dimuzakarahkan.
DPPP juga, tambah nya turut mengalu-alukan penyertaan ulama-ulama Umno justeru mereka adalah pendokong kerajaan yang dipimpin oleh Umno bagi menyelesaikan isu-isu agama.
Menurutnya, DPPP melihat, sekian lama Umno dan Barisan Nasional menguasai agen penyebaran massa utama seperti televisyen, radio dan akhbar arus perdana di dalam negara sudah terlalu banyak fitnah dan tohmahan telah dilemparkan terhadap Al-Mursyidul Am PAS khususnya dan PAS amnya.
“Inilah peluang dan platform terbaik bagi rakyat menilai apa yang ditohmah oleh media arus perdana ini benar ataupun salah,” ujarnya.
Justeru itu, katanya muzakarah antara kedua-dua pihak suatu peluang dan platform yang sangat baik sekiranya Majlis Fatwa Kebangsaan atau mufti-mufti bersama ulama-ulama Umno menganggap apa yang pernah disebut atau dipraktikkan oleh Al-Mursyidul Am dan PAS bercanggah dengan Islam.
~harakah~
REFORMASI KAJANG
Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI
Pembongkaran Video Seks DSAI
Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay
Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.
Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.
Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.
Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.
Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.
Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.
Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment