REFORMASI KAJANG

Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI

Pembongkaran Video Seks DSAI




Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay

Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.


Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.

Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.

Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.



Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay









Tuesday, February 8, 2011

Mubarak dan AS Boleh Berambus

Lajnah Antarabangsa PAS Pusat akan meneruskan desakan agar Presiden Mesir, Hosni Mubarak berundur dan Amerika Syarikat berhenti campur tangan dalam urusan negara yang sedang bergolak itu.

Pengerusinya, Dr. Syed Azman Syed Ahmad berkata, pihaknya akan meneruskan desakan itu dengan pelbagai cara sekiranya masih tidak ada perubahan yang dilakukan.

"Kalau tidak ada perubahan dalam tempoh seminggu ini, kita akan meneruskan desakan kepada Mesir dan juga Amerika Syarikat kerana negara ini merupakan negara yang memegang kunci kepada masa depan pemerintahan Mubarak," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Mengulas lanjut, Syed Azman berkata, pihak lajnah juga akan meneruskan usaha yang dilakukan sebelum ini bagi menyatakan sokongan kepada kebangkitan rakyat Mesir yang mahukan Mubarak berundur dengan segera.

"Program yang telah kita lakukan adalah berterusan seperti himpunan yang telah kita adakan, hantar memorandum kepada Kedutaan Mesir dan Amerika Syarikat, hari ini kita buat wacana.

"Kita akan secara berterusan berhubung dengan pelajar-pelajar Malaysia dan kita pantau melalui negeri-negeri Pakatan Rakyat yang mana terdapat pelajar-pelajar di bawah kerajaan negeri itu dan kita berbincang dengan exco-exco kerajaan negeri supaya dapat diberikan bantuan kepada pelajar-pelajar kita," katanya yang juga Adun Batu Burok.

Selain itu katanya, pilhaknya akan sentiasa berhubung dengan NGO-NGO lain si seluruh dunia, parti-parti politik dan juga individu-individu yang berpengaruh untuk meneruskan usaha bersama rakyat Mesir bagi memastikan kejatuhan rejim Mubarak.

Diminta mengulas mengenai usaha kerajaan membawa pulang pelajar Malaysia di Mesir, beliau berkata ianya tidak harus dipolitikkan kerana usaha penghantaran pulang itu merupakan tanggungjawab yang harus dilaksanakan kerajaan.

"Saya agak tidak berpuas hati dengan cara pihak kerajaan mempolitikkan kepulangan mereka ini dengan menggunakan Umnonya, Putera Umnonya dan cara yang terlalu dipolitikkan sedangkan perkara ini tidak sepatutnya dipolitikkan kerana ini ialah usaha-usaha kemanusiaan yang perlu dilakukan oleh mana-mana kerajaan.

"Tapi sebaliknya dipolitikkan seberapa maksima oleh pemimpin-pemimpin Umno dan BN. Jadi kita membantah keras cara yang mereka lakukan itu," katanya.

Sementara itu, bercakap dalam Diskusi Ilmiah mengenai pergolakan di Mesir di Ibu Pejabat PAS, dekat sini pagi tadi, beliau menjelaskan beberapa faktor yang menyebabkan Amerika Syarikat bimbang dengan kemungkinan kejatuhan rejim Mubarak di Mesir.

Antaranya, Terusan Suez yang terletak di Mesir merupakan nadi kepentingan ekonomi Amerika Syarikat serta sekutunya bagi menyalurkan minyak dan gas.

Mesir juga merupakan sekutu terpenting AS sejak 60 tahun yang lalu.

Selain itu katanya, AS sedang mendoktrin rakyat Mesir mengenai bahanya Ihkwan Muslimin sekiranya berjaya merampas Mesir dari rejim Mubarak.

~harakah~

No comments: