REFORMASI KAJANG

Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI

Pembongkaran Video Seks DSAI




Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay

Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.


Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.

Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.

Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.



Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay









Tuesday, February 8, 2011

Selangor batal projek tebatan banjir

Kerajaan Selangor membatalkan projek tebatan banjir Canal City menghubungkan Sungai Klang hingga ke Sungai Langat kerana berpendapat ia tidak memberi banyak manfaat kepada rakyat Selangor.

Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor juga mengambil semula tanah lebih 4,000 ekar yang telah diberikan oleh kerajaan terdahulu pimpinan BN kepada syarikat pemaju, Talam Corporation Berhad, termasuk hutang-hutang tertunggak.

Menurut Pejabat Menteri Besar Selangor, perkara itu dijelaskan Tan Sri Khalid Ibrahim dalam pertemuannya dengan Datuk Bandar, Yang Dipertua kerajaan tempatan dan syarikat perunding yang terlibat langsung dengan pelaburan negeri di Shah Alam hari ini.

Menurut kenyataan daripada pejabat itu juga, Khalid mengambil peluang menasihatkan syarikat perunding supaya mematuhi peraturan dan prosedur untuk mengelak timbul masalah dengan pihak berkuasa tempatan, yang mungkin menganggu kelulusan sesuatu perancangan.

Katanya, syarikat perunding perlu membayar premium tanah manakala setiap pembangunan pula perlu mendapatkan kelulusan kerajaan negeri dan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa serta syarat-syarat lain yang ditetapkan.

“Misi kerajaan negeri adalah mempermudahkan urusan dan mesra pelabur tetapi syarikat perunding yang dilantik pelabur asing atau tempatan perlu mematuhi semua peraturan dan prosedur,” kata menteri besar yang berdialog dengan beberapa wakil syarikat perunding.

~MK~

No comments: