REFORMASI KAJANG

Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI

Pembongkaran Video Seks DSAI




Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay

Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.


Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.

Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.

Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.



Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay









Saturday, February 12, 2011

Dosa MahaFiraun Terhadap Rakyat

Mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tetap mempertahankan kenyataannya bahawa beliau ada berjumpa dengan pemimpin pembangkang sebelum Operasi Lalang pada 1987 dilaksanakan.

“Mereka menipu. Saya tidak ada sebab membuat kenyataan itu kecuali ia benar-benar berlaku.

“Tetapi saya tidak menjangkakan pemimpin pembangkang akan berterima kasih ke atas apa yang dilakukan oleh kerajaan khususnya yang dilakukan oleh saya,” katanya kepada pemberita hari ini.

Sebelum ini, beberapa pemimpin pembangkang, termasuk orang kuat DAP, Lim Kit Siang dan Karpal Singh menafikan perjumpaan seumpama itu ada berlaku.

Mahathir pada wawancaranya dengan wartawan Amerika, Tom Plate dilaporkan berkata beliau sebenarnya berjumpa dengan semua ahli pembangkang dan meyakinkan mereka bahawa mereka tidak akan ditangkap tetapi pihak polis melakukan sebaliknya.

Dalam buku berjudul Doctor M: Operation Malaysia - Conversations with Mahathir Mohamad', bekas perdana menteri yang meneraju Malaysia selama 22 tahun itu mempersalahkan pihak polis dan mendakwa akibat tangkapan itu, kredibilitinya hilang.

Semasa penangkapan besar-besaran pada 27 Oktober 1987, lebih seratus orang ditangkap - sebahagian besar mereka terdiri daripada pemipin pembangkang dan segelintir ahli politik dari Umno dan MCA.

Selain itu, permit penerbitan untuk akhbar The Star , Sin Chew Jit Poh dan Watan telah ditarik balik.

Kerajaan kemudian menawarkan penjelasan bahawa tangkapan ISA yang kedua terbesar sejak rusuhan perkauman 13 Mei adalah 'perlu' bagi membendung 'ketegangan perkauman' yang semakin memuncak akibat protes besar-besaran berhubung pelantikan pengetua bukan berpendidikan Cina di sekolah-sekolah vernakular Cina.

Umno pula membalas dengan juga mengadakan protes besar-besaran yang diketuai oleh ketua pemudanya ketika itu, Datuk Seri Najib Razak di Kampung Baru, beberapa hari sebelum tangkapan beramai-ramai dibuat.

~MK~

No comments: