Umum mengetahui yang dunia kini sedang kecoh dengan krisis yang melanda Mesir. Krisis paling buruk di bawah rejim Hosni Mubarak. Aku sendiri merasa gementar bila mengenangkan nasib mereka di sana.
Tambahan ramai pelajar-pelajar Malaysia yang menuntut di sana. Ratusan kawan-kawan aku yang pernah belajar bersama di Maktab Mahmud Alor Star dan Kolej Universiti Insaniah juga ramai yang terperangkap di sana. Belum dikira sanak saudara aku lagi.
Berikut adalah realiti keadaan student Malaysia di Mesir sekarang. Maklumat ini dihantar oleh seorang student yang sempat online di sana sebelum internet disekat sepenuhnya. mereka totally lost contact memandangkan internet & mobile network dah kena block. Balai polis dibom dan penjara telah dipecahkan dan ramai banduan berkeliaran.
1. ada rumah student yang kena rompak.
2. mereka kekurangan makanan.
3. ada pelajar kita dirogol di Cairo.
4. they are totally in unsafe condition.
Ada pelajar kita yang dirogol di Cairo? Astaghfirullah.. Aku harap sangat yang itu adalah berita palsu. Aku tak sanggup tahu siapa pelajar yang dimaksudkan tu. Nauzubillah...
Sama-samalah kita berdoa agar semuanya selamat dan baik-baik saja. Mudah-mudahan tiada yang buruk berlaku. Diminta kepada pihak goverment supaya bertindak dengan cepat. Tolong bawa balik students Malaysia. Ini bukan krisis biasa. Turkey, US, India are sending planes to evacuate their citizens in Egypt. Malaysia????
Sumber: http://www.solihinzubir.com/2011/01/krisis-mesir-pelajar-malaysia-kena.html
TPU - Tak mustahil Krisis di Tunisia & Mesir akan merebak sampai ke Malaysia sekiranya KERAjaan Pusat yang ada sekarang masih meneruskan corak pemerintahan yang ada sekarang.
Dari laman FaceBook rakan-rakan di Mesir, kita dapat berhubung dan bertukar-tukar maklumat beberapa ketika sebelum semua bentuk talian komunikasi lumpuh sepenuhnya setelah dihentikan keseluruhan operasinya oleh Rejim Mubarak yang takut akan kebocoran maklumat dan perkembangan disana.
Terakhir sekali kita mendapat berita diatas dan juga beberapa maklumat yang amat menyakitkan hati... ada seorang ibu kepada pelajar pengajian Islam di Mesir telah menghantar email kepada TPM mohon supaya dibawa pulang semua rakyat Malaysia yang berada di Mesir untuk keselamatan mereka tetapi malang sekali apabila TPM atau pihak yang berkenaan sekadar memberi respon - KERAjaan hanya membawa pulang pelajar dibawah tajaan MARA & JPA manakala yang lain-lain tidak akan dibawa pulang kerana "Tiada kepentingan"...
Beb... ni KERAjaan Negara apa ni..? Negara Islam..? KERAjaan Amerika pada masa ini tergesa-gesa menghantar pesawat khas untuk mengangkut rakyatnya pulang ke Amerika tanpa mengira siapa mereka asalkan warganegara Amerika dan KERAjaan Negara Islam Malaysia pula memilih "bulu"... rupanya tidak semua rakyat Malaysia ini penting... sejak bila wujudnya "Kasta" ni..?
Terakhir Wisma Putra mengeluarkan kenyataan bahawa Pelajar-Pelajar & Rakyat Malaysia di Mesir berada dalam keadaan selamat dan masih tiada keperluan untuk membawa mereka pulang. persoalannya, bagaimana Wisma Putra mengesahkan keadaan mereka..? adakah Wisma Putra telah berjaya menghubungi SETIAP PELAJAR & RAKYAT MALAYSIA di Mesir sebelum mengeluarkan kenyataan tersebut..?
Beb... Berapa sangat la kos untuk bawa balik Rakyat Malaysia di Mesir berbanding dengan yang dah Fat Lady Of Malaysia habiskan untuk joli..? berapa banyak sangatlah kos untuk selamtkan Rakyat Malaysia di Mesir berbanding dengan yang KERAjaan dah habiskan untuk selamatkan Syarikat Kroni yang dah nak mampos..?
Nak tunggu Rakyat Malaysia memenuhi jalanan dulu baru nak bertindak..? jangan sampai orang kata "Dah Terlambat..!"
~TPU~
REFORMASI KAJANG
Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI
Pembongkaran Video Seks DSAI
Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay
Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.
Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.
Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.
Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.
Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.
Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.
Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment