REFORMASI KAJANG

Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI

Pembongkaran Video Seks DSAI




Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay

Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.


Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.

Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.

Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.



Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay









Thursday, February 3, 2011

Menantu TGNA Nafi Disiasat SPRM

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) Abdul Ariffahmi Ab. Rahman, menafikan beliau dikunjungi Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), seperti dilapor sebuah akhbar baru-baru ini.

Menurutnya, setakat hari ini tiada pegawai SPRM datang ke rumahnya untuk membuat siasatan.

“Setakat ini tidak ada seorangpun pegawai SPRM ke rumah saya untukmenyiasat sebagaimana yang dimaksudkan,” katanya.

Beliau juga yakin akhbar yang menyiarkan laporan itu hanya mengambil maklumat dari blog dan sama sekali tidak benar.

"Saya mengingatkan media agar tidak mengambil sebarang maklumat dari mana-mana blog untuk dijadikan berita.

"Sepatutnya setiap maklumat yang diperolehi perlu mendapat pengesahan dari mana-mana pihak yang dimaksudkan dalam blog berkenaan," katanya.

Bagaimanapun katanya, beliau akan memberi kerjasama kepada pihak SPRM demi untuk kebaikan bersama jika perlu. SPRM Kelantan sebelum ini memberitahu, siasatan membabitkan penyelewengan dan salahguna kuasa terhadap menantu Menteri Besar Kelantan itu masih belum selesai.

Pengarahnya, Nasaruddin Mohd Noor, berkata SPRM kini sedang mendapatkan beberapa lagi maklumat dan dokumen bagi memantapkan lagi siasatan sebelum diserahkan kepada pihak pendakwaan.

Pada 15 Disember tahun lalu, Pengerusi Panel Penilaian Operasi SPRM, Tan Sri Dr Hadenan Abdul Jalil, berkata pihaknya menutup dua kes berprofil tinggi membabitkan penerimaan wang tajaan RM65,000 untuk mengerjakan haji oleh Menteri Besar Kelantan dan pelantikan menantunya, Abdul Ariffahmi sebagai CEO PMBK.

~Harakah~

No comments: