REFORMASI KAJANG

Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI

Pembongkaran Video Seks DSAI




Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay

Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.


Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.

Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.

Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.



Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay









Saturday, February 12, 2011

Wanita Calon PAS di Merlimau?

PAS mungkin meletakkan wanita dalam senarai calon mereka pada pilihan raya kecil kawasan dewan undangan negeri (DUN) Merlimau.

Naib presidennya, Salahuddin Ayub berkata, kekalahan PAS pada pilihan raya kecil DUN Tenang pada 30 Januari lalu dengan meletakkan calon wanita tidak sesekali menggoyahkan hasrat parti itu untuk mempertaruhkan calon wanita untuk bertanding di Merlimau nanti.

"Faktor kekalahan dan juga kemenangan bukanlah bergantung kepada jantina kerana yang penting adalah komitmen calon untuk menggalas tanggungjawab sebagai pemimpin," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri majlis perasmian markas induk PAS DUN Merlimau oleh mursyidul am parti itu, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Taman Muhibbah, di Melaka.

Menurut Salahuddin, tidak kira wanita atau lelaki, PAS akan menurunkan calon-calon yang pastinya boleh membawa kepada perubahan kepada DUN Merlimau.

"Seperti yang dipersetujui Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk meletakkan calon PAS bagi bertanding dalam PRK DUN Merlimau, jadi calon-calon yang akan kami turunkan pastinya sesuatu yang beri pembaharuan dalam PRK dan DUN Merlimau.

"Kita tunggu mesyuarat PAS pusat esok dan pengumuman mengenai siapa calon sebenar akan dibuat dalam tempoh dua atau tiga hari lagi.

"Saya yakin pengumuman itu akan dibuat di Merlimau," katanya.

Kerusi DUN Merlimau kosong berikutan kematian Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan selepas mengalami serangan jantung pada 20 Januari lalu.

Pada pilihan raya umum 2008 itu, calon parti PAS Jasme Tompang tewas di tangan Mohamad Hidhir dengan majoriti 2,154 - peningkatan hampir 3,000 undi berbanding pencapaian pembangkang empat tahun sebelumnya.

DUN Merlimau mengandungi 10,679 pemilih berdaftar yang terdiri daripada 10,643 pengundi biasa dan 36 pengundi pos.

~harakah~

No comments: